Butik Al Kauthar Banting

PEMBUKAAN BUTIK AL KAUTHAR BANTING

(TELEKUNG EKSKLUSIF AL KAUTHAR)

 

Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi Atas limpah dan kurniaanNya BUTIK Al KAUTHAR kini di buka Di Banting Selangor..Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw Serta Keluarga dan Sahabat sekaliannya

 

Tempoh Yana bersama Al Kauthar kini mencecah hampir 2 tahun. Banyak cabaran dan perngalaman yang menarik bersama sama Al Kauthar. Suka dan Duka silih berganti. Sangat seronok apabila bersama keluarga Al Kauthar ini. Hanya dahulunya menjadi seorang Dropship sahaja dan merupakan seorang Suri Rumah. Kini Segalanya dah berubah sama sekali. Namun ini semua bukan suatu yang mustahil jika kita benar benar tekad ingin berubah. Pasti ada jalan dihadapan. Allah swt dan Rasul selalu bersama sama kita. Yakin lah!!!. Yana tidak menyangka untuk berada di tahap ini sekarang. Namun Yana percaya doa Guru, dan Keluarga serta sahabat handai yang menyebabkan kejayaan ini semua.

 

Butik Al Kauthar Banting secara Rasmi di buka pada 15/8/17 Selasa. Sesuatu yang menarik ialah.Di kala tengah sibuk mengemas stok untuk di gantung awal pagi tu, datang sepasang suami isteri ni dari Salak Tinggi ke Butik Al Kauthar Banting. Alhamdulillah pasangan ini merupakan pelanggan pertama Al Kauthar Syukur Ya Allah. Butik Al Kauthar Banting di buka dari pukul 10 pagi hingga 7 petang setiap hari Kecuali Hari Jumaat.