Butik Al Kauthar Banting

 BUTIK AL KAUTHAR 

Butik AL Kauthar Banting

(TELEKUNG EKSKLUSIF AL KAUTHAR)

 

Alhamdulillah syukur kepada hadrat Ilahi Atas limpah dan kurniaanNya BUTIK Al KAUTHAR kini di buka Di Banting Selangor..Selawat dan Salam Buat Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw Serta Keluarga dan Sahabat sekaliannya

 

Tempoh saya bersama Al Kauthar kini mencecah hampir 2 tahun. Banyak cabaran dan pengalaman yang menarik bersama sama Al Kauthar. Suka dan Duka silih berganti. Sangat seronok apabila bersama keluarga Al Kauthar ini. Hanya dahulunya menjadi seorang Dropship sahaja dan merupakan seorang Suri Rumah. Kini Segalanya dah berubah sama sekali. Namun, ini semua bukan suatu yang mustahil jika kita benar benar tekad ingin berubah. Pasti ada jalan dihadapan. Allah swt dan Rasul selalu bersama sama kita. Yakin lah!!!. Saya tidak menyangka untuk berada di tahap ini sekarang. Namun saya percaya doa Guru, dan Keluarga serta sahabat handai yang menyebabkan kejayaan ini semua.

 

Butik Al Kauthar Banting secara Rasmi di buka pada 15/8/17 Selasa. Sesuatu yang menarik ialah.Di kala tengah sibuk mengemas stok untuk di gantung awal pagi tu, datang sepasang suami isteri ni dari Salak Tinggi ke Butik Al Kauthar Banting. Alhamdulillah pasangan ini merupakan pelanggan pertama Al Kauthar Syukur Ya Allah. Butik Al Kauthar Banting di buka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari. insayAllah operasi Butik Al Kauthar di lanjutan dari jam 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Butik Al Kauthar

Butik Al Kauthar Banting

Matlamat Butik Al Kauthar ialah Meraikan Tetamu Allah. Justeru itu Butik Al Kauthar berharap agar dapat membantu Bakal bakal tetamu Allah mendapatkan kelengkapan Haji dan Umrah yang selesa dan sempurna InsyaAllah. Kami juga berhasrat di samping membantu jemaah dari sudut kelengkapan, kami dapat juga memberi nilai tambah kepada jemaah dengan berkongsi info info dan persediaan ilmu untuk ke tanah suci. Dengan itu secara tidak lansung memberi persediaan dari sudut mental dan rohani kepada jemaah. Alhamdulillah, Butik Al Kauthar banting telah mengadakan satu sessi Tausiah Haji 2018 pada 21 Julai yang lepas yang di hadiri oleh jemaah haji 2018, sessi tausiah telah di sampaikan oleh Mudir Ribath Darussalam iaitu Ustaz Mohd Azizul Ashraf bin Sanusi. Tajuk Tausiah Haji 2018 ialah Haji bukan sekadar Ibadah tetapi Perjalanan Hati Menuju Allah. Syukur Alhamdulillah majlis tausiah telah berjalan dengan lancar dan sempurna. InsyaAllah kami akan mengadakan lagi sessi tausiah untuk masa yang akan datang.

BUTIK AL KAUTHAR BANTING- MAJLIS TAUSIAH HAJI 2018

 

[TERKINI: VIDEO BUTIK AL KAUTHAR BANTING TELAH DISIAP]

Syukur ke hadrat Ilahi kerna video Butik Al Kauthar Banting telah pun siap sepenuhnya dan boleh di tonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Butik Al Kauthar Banting kini telah berwajah baru dengan dekorasi yang telah di tambah baik. Mudah mudahan suasana Butik Al Kauthar Banting yang baru akan memberi keselesaan dan keceriaan kepada jemaah yang berkunjungi ke butik kami.,,InsyaAllah. Bakal bakal tetamu Allah boleh berkunjung ke Butik Al Kauthar Banting untuk mendapatkan kelengkapan Haji dan Umrah anda. Apa lagi..Marilah menonton video Butik Al Kauthar Banting.

Harapan kami agar kehadiran Butik Al Kauthar Banting ini dapat membantu Bakal Bakal Tetamu Allah untuk membuat persiapan dari sudut kelengkapan ke tanah suci dan pada masa dapat memkongsi ilmu persediaan rohani untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah… AMIN

Diriku dan Telekung Al-Kauthar

Diriku dan Telekung Al-Kauthar
Telekung Cinta Hakiki

  1. Saya Pasang Niat yang pertama-tama kali nak beli telekung ini adalah untuk dapatkan Keredhaan Allah swt.
  2. Memang ada rasa kelainan dalam diri apabila saya meletakkan sesuatu yang Mahal pada diri ini pabila mengadap Allah swt. MESTI link dengan point no 1 tadi la juga..
  3. Sebelum ini saya tak pernah nak buat macam itu..beli telekung mahal (senang cakap)

Mmmmmm…
Atas alasan sepasang telekung saja pun…awat nak mahal ‘bebenor’ nie

……..

……..

Namun apabila saya dah ubah persepsi saya terhadap “value” sepasang telekung ini…”Siapakah yang aku nak mengadap nie..5x wajib setiap hari???…

Saya berubah…

Maka apabila saya nak mempersembahkan diri yg hina (senang citer) kepada sang Pencipta, saya mengadap dengan keadaan kemas dan sempurna dan saya pakai telekung Alkauthar

……..

……..

Ya Allah….

** Tenang dan Selesa
** Seronok ada
** Sedih pun ada
Perasaan bercampur baur hadir dalam diri…..

Apabila kita memberi yang TERBAIK kepada ALLAH SWT..

 

inilah Yanaa dengan Telekung Cinta Hakiki dari TELEKUNG AL KAUTHAR

INSYAALLAH SEGALA YANG BAIK KITA AKAN DAPAT (tak perlu percaya cakap saya ni…buat sahaja..tapi 1 kena ingat niat nak DAPAT Redho Allah)

…….

…….

Banyak je unsur negatif dan bisikan hati saya supaya tak payah beli…
MACAM MACAM ALASAN

……

……

Saya tolak tepi…SAYA BELI JUGAK
Saya nak meletakkan benda yang Mahal pada tempatnya..Saya nak rasai bagaimana???

Alhamdulillah…
Saya dapat jawapannya

4. Telekung untuk kita sebagai wanita ni, boleh dibawa hingga hujung nyawakan..mudah2han ia menjadi saksi / bukti apabila bertemu dengan Allah swt nnt…

………

………

P/s: saya hanya menzahirkan apa yang saya rasai apabila membeli telekung
Al-Kauthar dan dah pakai pun..semoga sahabat2 di luar sana DAPAT merasai pengalaman anda sendiri…..

Sekian

by

YANAA

Annurbiz Online Shop

010 3407769