KELAS ULTRA TUAN FAHMY ADAM @ KALAH ULTRAMAN TARO

KELAS ULTRA AWESOME

Tanggal 26hb Mac 2017, Ahad lepas, merupakan tarikh Team Al Kauthar menghadiri kelas VIP ULTRA Tuan Fahmy Adam. Yanaa merupakan salah seorang yang dipilih untuk menghadiri kelas tersebut…Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk sama sama berada dalam majlis ilmu ini. dalam keadaan yang agak sarat dah ni, sebab dah masuk 37++ bulan ni, jalan udah lah tak berapa nak laju..hehehe pinggang sakit..ingat tak? yang Yanaa kena admit masuk wad Hospital Banting hari tu sebab salah makan dan kemudiaannya kena sakit pinggang sangat..Syukur dah baik sebelum kelas Ultra ini berlansung Alhamdulillah. Terima kasih pada Mak Yanaa and Suami tercinta sebab faham keadaan Yanaa.. dan benarkan untuk menghadiri kelas Ultra yang awesome ni.

Dalam Kelas ini banyak input baru yang diperoleh yang sangat berguna untuk newbie bisnes ataupun founder bisnes. ini kerana halatuju bisnes kita yang nak berkembang ini di perincikan dalam satu map..what map??? biar betui..hehehe Betui..map tersebut di panggil LEAN CANVAS..seakan akan juga seperti BMC ..namun yang ini secara online..Superbkan heheh

sebolehnyer kita dalam berbisnes tak nak langgar tembuk, berdarah hidung, main biola bawah pokok ketapang (bak kata Founder Yanaa PUan Norliza ) dan apa saja kesilapan yang kecik2 yang boleh melemahkan dan mengagalkan kita. Oleh itu kena persiapan kan diri kita ini dengan weapon betul tak? persiapkan diri ini dengan ilmu agar kita tidak mudah tersasar dan FOCUS ( FOCUS ONE COURSE UNTIL SUCCESS) gitu

Antara apps yang best untuk dikongsi ialah photofunia  sahabat semua boleh lah godek2 kat situ, just add your picture dalam templete2 yang sangat pelbagai, boleh rujuk pic di bawah ni. Antara pic yang yanaa guna templete billboard, macam hebat jer lah kan hahahah

amboi banyak benor pic yang di show off..hihi..so sahabat semua boleh guna tau apps ni letak lah pic produk ker guna templet yang disediakan. Kelas Ultra habis pukul 5 petang gitu, tak terasa sangat lah dari pagi kelas nyer..sebab kebanyakkan kelas ini adalah praktikal sahaja banyak guna labtop ya, Hand on, bagus sangat bagi Yanaa lah, input mengenai bisnes juga sangat berbaloi untuk di praktik kan dalam bisnes kita. Telekung al Kauthar boleh pergi jauh dengan mengaplikasikan apa yang telah di ajar oleh TUan Fahmy, Insya ALLAH..

Persaingan telekung di kala ini sengit jugak kan, sebab banyak pilihan telekung yang banyak di pasaran, namun telekung cotton Al Kauthar punyai ciri2 nya yang tersendiri untuk memenuhi permintaan para muslimah di luar sana, Telekung murah online boleh juga jadi sebahagian carian Telekung Al Kauthar, apabila ramai orang yang dok cari telekung yang mampu milik tapi kualiti tip top setanding dengan telekung siti khadijah yang ramai orang dok sebut2 tu, telekung travel dah jadi trademark Al kauthar juga, sebb ada design khas umrah haji, dan mudah di bawa berjalan sbb sejuk ringan dan sangat selesa gitu. Pelbagai pilihan telekung online yang di tawarkan oleh Tlekung Al Kauthar, menepati ciri2 untuk di bwa umrah dan haji..betui betui betui. Telekung Sembahyang secara memang dah berinovasi dan telekung al kauthar merupakan salah satu daripada nyer..Amin..celoteh sat pasal telekung erk hihii

Kelas di akhiri dengan pemberian sijil kepada peserta kelas Ultra, kelas ni kecik jer tau, sebab Tuan Fahmy nak fokus kepada peserta yg hadir, Team Al kauthar ada dalam 10 org gitu, yeah dapat sijil seronok lah erk kikiki. Apa apa pun diucapkan jutaaan terima kasih Tuan FAhmy Adam dan juga Founder Telekung Al Kauthar Puan NOrliza yang memberi peluang pada yanaa Alhamdulillah, tak lupa buat sahabat sahabat yang turut sama membantu yanaa semasa di kelas, Al maklum lah mak buyung katakan..antara pic semasa di kelas

Kak Nazmin dan Tuan Fahmy… Team Al Kauthar

Kak Mahya dan Tuan Fahmi, TUan Harith dan Tuan Fahmi

Founder Telekung Eksklusif Al Kauthar Puan Norliza

dan ini Yanaa kemain lagi senyum hihihi

p/s buat sahabat nak tahu lebih lanjut mengenai apa yang dipelajari oleh Yanaa boleh komen di bawah erk.boleh yanaa sharekan InsyaAllah

Assalamualaikum wbt

Yanaa

Annurbiz

010 3407769